◉ HEADLINES

Sentimen negeri, kaum dan agama boleh gugat keselamatan negara, tangani secara berhemah : PM

Anwar berkata masyarakat tidak seharusnya terperangkap dengan polemik lama atau sentimen berkenaan yang bersifat memecah-belahkan kerana negara kini berdepan cabaran keselamatan baharu yang lebih kompleks termasuk ancaman teknologi dan digital

7:55 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen berasaskan negeri, kaum dan agama yang disifatkan beliau berpotensi mengancam keharmonian serta keselamatan negara sekiranya tidak ditangani secara berhemah.

Justeru, beliau berkata masyarakat tidak seharusnya terperangkap dengan polemik lama atau sentimen berkenaan yang bersifat memecah-belahkan kerana negara kini berdepan cabaran keselamatan baharu yang lebih kompleks termasuk ancaman teknologi dan digital.

“Saya selalu sindir kawan-kawan pada perbahasan di Parlimen, kadang-kadang (berkaitan) isu-isu lama… isu kaum, isu agama, isu sentimen daerah dan negeri.

“… ini isu-isu besar yang mengancam negara…, ia (isu itu) tidak menjadi suatu hal yang patut diberikan penekanan… itu bagi saya membimbangkan,” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Kebangsaan Negara 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kepimpinan di setiap jabatan, agensi dan kementerian perlu bertindak lebih proaktif serta tidak menunggu perubahan naratif sebelum mengambil tindakan bagi mendepani ancaman keselamatan yang semakin kompleks.

“Ini peranan saudara… kepimpinan di jabatan, di agensi, di kementerian… ini bukan urusan birokratik biasa, dia mesti cepat menangkap (dan) faham teknologi baharu dan cabaran-cabaran baharu,” katanya. – 9 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related