HEADLINES

PRN Johor: Jumlah pengundi cecah 213,878 setakat 9 pagi, lebih tinggi berbanding PRN 2022

10:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7.97 peratus atau 213,878 pengundi direkodkan keluar mengundi setakat 9 pagi ini, iaitu melebihi peratusan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 lalu iaitu 6.35 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya, berkata bagi waktu yang sama pada PRN Johor pada 2022, jumlah yang keluar mengundi ialah 163,553 orang daripada 2.5 juta pengundi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota merekodkan jumlah pengundi yang paling ramai setakat 9 pagi tadi iaitu 15.8 peratus, diikuti Tanjung Surat (14.7 peratus) dan Pasir Raja (13.6 peratus).

“Manakala DUN Bentayan dan Simpang Jeram, setakat 9 pagi tadi masing-masing merekodkan peratusan terendah iaitu 7.7 peratus dan Kukup (7.6 peratus),’’ katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa menteri dan timbalan menteri selesai menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi antara pemimpin terawal selesai mengundi apabila menunaikan tanggungjawabnya pada 8.15 pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Pengerang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula selesai mengundi pada 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Rinting 1, Masai, di sini.

Turut menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi ialah Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad yang selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat pada 8.50 pagi.

Sementara Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan selesai mengundi pada 8.40 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Benut.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pula mengundi di SJKC Kulai Besar pada ham 9.20 pagi tadi. – 11 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related