HEADLINES

Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika daki Gunung Elbrus, bukan dari Peak Journey

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Insiden kematian melibatkan seorang rakyat Malaysia ketika mendaki di Gunung Elbrus, di Rusia Sabtu lalu tidak melibatkan agensi pengendali pendakian Peak Journey.

Dalam kenyataannya, Peak Journey berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai kejadian itu dan ingin menjelaskan individu tersebut merupakan sebahagian daripada ekspedisi yang dianjurkan oleh pengendali lain.

“Kami ingin memberi jaminan secara rasmi kepada orang ramai, ahli keluarga dan rakan-rakan bahawa insiden ini tidak melibatkan mana-mana pendaki, pemandu arah atau kakitangan daripada Peak Journey.

“Individu yang terlibat merupakan sebahagian daripada ekspedisi yang dianjurkan oleh pengendali lain,’’ katanya.

Pada Ahad, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia, Sabtu lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga orang rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di negara berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian tersebut bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya,’’ kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Peak Journey berkata, pasukan ekspedisi Gunung Elbrus yang dijadualkan oleh Peak Journey telah tiba dengan selamat di Rusia semalam dan mengesahkan semua pendaki dan pemandu arahnya berada dalam keadaan selamat, sihat dan baik.

Pihak pengurusan juga, katanya terus berhubung rapat dan sentiasa berkomunikasi dengan pasukan di lokasi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

“Bagi pihak Peak Journey, kami merakamkan ucapan takziah yang tulus kepada keluarga dan insan tersayang pendaki yang telah meninggal dunia.

“Ingatan dan doa kami bersama mereka dalam menghadapi detik yang amat sukar ini, dan kami mendoakan agar segala urusan berkaitan dapat berjalan dengan lancar,’’ katanya. – 13 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related