HEADLINES

Malaysia akan usir segera rakyat Israel jika dikesan berada di Network School, Forest City: Anwar

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengusir dengan segera mana-mana rakyat Israel jika didapati terlibat dalam operasi ‘Network School’ di Forest City, yang didakwa disertai warga Israel.

Menurut Perdana Menteri, semua agensi keselamatan berkaitan kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan rakyat Israel dikesan memasuki Malaysia.

“Kita siasat … kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil. Kalau ada rakyat Israel kerana kita tidak iktiraf, mereka akan diusir segera.

“Ini semua agensi telah menjalankan siasatan. Saya percaya Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan beri jawapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Wilayah Persekutuan A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai dakwaan terdapat warga Israel menyertai operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan menggunakan pasport negara kedua.

Menurut Onn Hafiz, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi keselamatan berkaitan diminta menjalankan semakan dan siasatan menyeluruh.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan negeri dan negara.

Kontroversi itu tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mempersoalkan kehadiran Network School di Forest City, dengan ada hantaran mendakwa projek berkenaan menarik penyertaan usahawan asing, termasuk warga Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua. – 15 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related