◉ HEADLINES

Bersama tidak tanding di Negeri Sembilan, mahu fokus PRN Melaka

Bersama menyifatkan persaingan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah lebih sengit di Negeri Sembilan termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri

7:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Bersama memutuskan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan mahu memfokus kepada PRN Melaka yang dijangka diadakan beberapa bulan dari sekarang.

Dalam kenyataan bersama pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sykri Razab, Bersama berpendapat ada beberapa perbezaan ketara antara Johor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, persaingan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah lebih sengit di Negeri Sembilan termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri selain keputusan yang berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus Bersama beralih kepada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.

“Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal,’’ katanya.

Bersama juga berharap tempoh masa yang lebih lama akan memberi ruang kepada Bersama untuk menyertai PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira.

Pada PRN Johor baru-baru ini, semua 15 calon Bersama tewas dan hilang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi mencukupi untuk mengekalkan deposit pilihan raya.

PRN Johor juga menyaksikan pernyertaan pertama kali Bersama dalam pilihan raya sejak dilancarkan tahun ini. – 15 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related