HEADLINES

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (pindaan) 2026

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 14 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang

9:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) (Pindaan) 2026 bagi memastikan suruhanjaya itu kekal mampan dalam mengawal selia serta membangunkan industri komunikasi dan multimedia negara.

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 14 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pelantikan pengerusi dan anggota MCMC oleh Menteri dibuat berdasarkan kriteria bagi badan berkanun merangkumi kelayakan, integriti, pengalaman serta kebolehan menerajui dan mengemudi suruhanjaya berkenaan.

“Peruntukan sedia ada sejak 1998 memang membenarkan seseorang Menteri untuk membuat pelantikan pengerusi dan anggota suruhanraya yang lain,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan.

Beliau berkata pindaan yang menyatakan pengerusi hendaklah bukan daripada ahli badan perundangan bertujuan mengelakkan konflik politik.

Menyentuh mengenai peningkatan nilai had kewangan sedia ada ke atas kontrak yang boleh dimasuki oleh MCMC daripada RM5 juta kepada RM50 juta, Teo berkata ia selaras dengan Peraturan Perolehan bagi Badan Berkanun Persekutuan WP7.5 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan berkaitan penggunaan dana oleh badan berkanun.

“Berdasarkan peraturan itu, Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana dalaman sepenuhnya boleh meluluskan perolehan sehingga nilai RM499 juta.

“Bagaimanapun, kementerian berpandangan wajar untuk meningkatkan had itu kepada hanya RM50 juta dengan mengambil kira nilai tersebut tidak pernah dipinda sejak 1998,” katanya.

Beliau berkata peningkatan itu turut mengambil kira bahawa nilai kontrak yang melibatkan MCMC telah meningkat antara lain disebabkan inflasi, kemajuan teknologi serta peningkatan kos bahan dan buruh.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan, Dr Halimah Ali (PN-Kapar) menyarankan agar kerajaan memperkukuh kebebasan MCMC daripada campur tangan politik dengan mewujudkan proses pelantikan anggota yang lebih telus dan memastikan semua arahan Menteri direkod serta dibentangkan kepada Parlimen.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggunakan mekanisme pelantikan anggota seperti diamalkan bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), dengan pemilihan dibuat secara lebih terbuka berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kredibiliti, bukannya ditentukan sepenuhnya oleh Menteri.

Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) menggesa kerajaan memperkukuh mekanisme semak dan imbang khususnya membabitkan penggunaan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), kuasa audit suruhanjaya serta ketelusan arahan Menteri.

Beliau turut mencadangkan agar laporan prestasi penggunaan dana itu dibentangkan secara berkala.

Dr Richard Rapu (GPS-Betong) pula berkata pindaan Akta 589 bukan sekadar memperkukuh struktur MCMC malah membina asas kepada sebuah institusi pengawal selia yang lebih profesional, bebas dan bersedia mendepani apa jua cabaran ekonomi digital pada masa hadapan. – 15 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related