◉ HEADLINES

PM ingatkan menteri, timbalan menteri undur jika serang Kerajaan Perpaduan dalam kempen PRN

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan individu yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya menjaga disiplin dan tidak menyerang Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan akan mencetuskan ‘medan politik yang parah’, Anwar berkata mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan tertakluk pada disiplin dan jika memilih untuk melanggarnya, mereka perlu berundur.

“​Kita tahu ada parti yang sama di peringkat Persekutuan tapi ada pertarungan di peringkat negeri… tidak apa, dalam sistem demokrasi itu dibolehkan dan masing-masing boleh buat tafsiran.

“Kita ingatkan calon-calon terutama yang memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri ataupun pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri… kalau dia pilih nak buat begitu (menyerang), dia harus undur daripada jawatan dia,” katanya, lapor Bernama

Beliau berkata demikian selepas Program MADANI KITA Bersama Komuniti Tambun di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, perkara itu sudah dibincangkan bersama dengan dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata gabungan dalam Kerajaan Perpaduan diminta mengawal hubungan baik sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri supaya kekal baik sekali gus boleh terus melaksanakan khidmat kepada rakyat.

“​Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di peringkat Persekutuan dan mungkin negeri menjadi lebih erat, kekal baik supaya kerja boleh dijalankan.… dan biarlah kita kawal kalau ada pertarungan pun di peringkat negeri” kata beliau. – 19 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related