HEADLINES

Maxis mohon maaf isu kebocoran maklumat khairul Aming, sudah kenal pasti individu terlibat

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi Maxis, memohon maaf susulan kebocoran data melibatkan pempengaruh serta usahawan terkenal, Khairul Aming dan telah mengenal pasti individu yang didakwa mendedahkan butiran akaun pelanggannya itu.

Dalam kenyataannya, Maxis berkata, hasil siasatan menunjukkan ia merupakan insiden terpencil melibatkan tindakan tanpa kebenaran dan sedang mengambil tindakan segera termasuk tindakan undang-undang.

Menurut Maxis, semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

“Hasil siasatan kami menunjukkan ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut.

“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi,” katanya.

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa kurang senang dengan sebuah syarikat telekomunikasi selepas mendakwa maklumat bil telefon peribadinya dibocorkan kepada pihak lain.

Dalam hantaran di laman Threads, Khairul Aming, beliau mempersoalkan bagaimana seorang individu boleh mengetahui jumlah bila telefonnya dan mendedahkannya di media sosial.

“Tak perlu beritahu sebab ni hal peribadi saya. Saya memang bayar bil in advance untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan dah drained balance.

“Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bil Maxis saya ni sampai post ke public? Ni personal data saya,” katanya.

Individu terbabit, juga menerusi Threads sebelum ini mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 selain mendakwa talian telefon berkenaan disekat kerana bayaran tidak mencukupi.

“Teringin nak bagitahu KA beliau ada overdue bil RM498. Agak-agak beliau perasan ke tak tu banyak sangat akaun kan satu line kena barred,’’ katanya. – 21 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related