HEADLINES

Rapid ambil tindakan segera, pintu tren LRT tidak dapat ditutup sempurna

Rapid KL memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dan tren tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk menjalani pemeriksaan teknikal dan tindakan susulan

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapid KL telah mengeluarkan sebuah tren Laluan Kelana Jaya daripada perkhidmatan susulan masalah teknikal yang menyebabkan salah satu pintunya tidak dapat ditutup dengan sempurna.

Dalam kenyataannya hari ini, Rapid KL berkata,masalah teknikal itu berlaku ketika sebuah tren Laluan Kelana Jaya dalam perjalanan menuju ke Gombak, semalam.

“Pada jam 11.08 pagi, pasukan operasi mengesan masalah teknikal pada salah satu pintu tren berkenaan yang menyebabkan pintu tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna.

“Sejurus keadaan tersebut dikenal pasti, prosedur keselamatan operasi telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penumpang.

“Tren berkenaan diarahkan ke Stesen Taman Bahagia, sebelum semua penumpang diturunkan dengan selamat dan diminta meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya,’’ katanya.

Rapid KL memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dan tren tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk menjalani pemeriksaan teknikal dan tindakan susulan.

Menurut Rapid KL, ia memandang memandang serius sebarang isu yang melibatkan keselamatan penumpang dan operasi.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah teknikal tersebut, termasuk pemeriksaan terhadap sistem pintu tren berkenaan, sebelum tindakan pembaikan yang sewajarnya dilaksanakan.

“Rapid KL kekal komited untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap operasi perkhidmatan rel,’’ katanya. – 27 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related