HEADLINES

Ops Crack: Pegawai Imigresen, polis antara 12 ditahan godam sistem PLKS

Enam pegawai imigresen dan seorang pegawai polis adalah antara 12 individu yang ditangkap SPRM selepas dipercayai mendalangi aktiviti penggodaman sistem MyIMMs bagi mengeluarkan pas kerja sementara secara tidak sah tanpa bayaran levi

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata enam pegawai imigresen dan seorang pegawai polis antara 12 individu ditahan selepas disyaki terbabit sindiket menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan permohonan pas lawatan kerja sementara (PLKS) secara tidak sah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai imigresen, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Imigresen serta seorang pegawai polis ditahan dalam Ops Crack sejak semalam.

“Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama imigresen pada petang semalam, 12 individu berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang di Ibu Pejabat SPRM serta Imigresen Pulau Pinang.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS 2011 tanpa membuat bayaran levi bagi pas yang dikeluarkan dan sebanyak 1,306 PLKS palsu dikeluarkan sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang dianggarkan RM2.4 juta,” katanya lapor BH.

Abd Halim berkata, SPRM turut menggeledah beberapa premis syarikat dan pejabat imigresen di Pulau Pinang serta Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk proses permohonan reman.

Operasi itu jelasnya adalah hasil perkongsian maklumat antara Bahagian Perisikan SPRM dan imigresen sejak Mei 2026 di sekitar Lembah Klang serta Pulau Pinang. – 29 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related