HEADLINES

Istana Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran kepada Rais Yatim

Dua darjah kebesaran itu dikurniakan pada 2001 dan 1979

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim, berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan mantan Speaker Dewan Negara itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.

Darjah SPNS membawa gelaran Datuk Seri Utama manakala DSNS membawa gelaran Datuk.

“Keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya, lapor Bernama.

Rais, yang merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982. – 30 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related