HEADLINES

Sidang khas Parlimen bahas RCI TH pada 11 Ogos ini : Anwar

Anwar berkata laporan itu akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Ogos, pukul 10 pagi, dan sidang akan diteruskan sehingga sebelah petang

5:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sidang khas Parlimen bagi membahaskan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu telah dibincangkan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Laporan itu akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Ogos, pukul 10 pagi, dan sidang akan diteruskan sehingga sebelah petang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank di sini hari ini.

Laporan RCI yang didedahkan pada malam Rabu mengesyorkan supaya audit forensik dijalankan terhadap keputusan pelaburan terdahulu yang menyebabkan kemerosotan ketara nilai aset Tabung Haji.

Laporan yang menyiasat pengurusan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020 itu mengenal pasti beberapa pelaburan bermasalah yang wajar menjalani pemeriksaan forensik.

Suruhanjaya itu turut menemui bukti berhubung transaksi yang mencurigakan serta penyembunyian maklumat.

RCI itu diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web Jakim dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.

Laporan RCI tersebut telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Ogos 2022, oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI yang diketuai Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, TH hampir kecundang akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal.

TH katanya, merupakan institusi kewangan Islam yang telah sekian lama menjadi tonggak pengurusan ibadah haji rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah dapat dikesan awal dan telah dipulihkan. Saya yakin TH akan terus cemerlang,” katanya. – 30 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related