◉ HEADLINES

‘Tiada siapa berada di atas undang-undang’: Tengku Permaisuri Selangor gesa tindakan susulan tragedi Rocky

Tengku Permaisuri Selangor bertitah mana-mana pihak yang didapati melakukan kekejaman terhadap haiwan hendaklah disiasat secara menyeluruh dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk sekiranya perlakuan tersebut dilakukan oleh anggota atau pegawai pihak berkuasa sendiri

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, rasa menzahirkan rasa amat dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman ke atas haiwan peliharaan serta haiwan terbiar, khususnya anjing dan kucing, yang masih berlaku dan tular sejak kebelakangan ini.

Sebagai Penaung Diraja Stray Free Selangor (SFS) di bawah SPCA Selangor, Tengku Permaisuri bertitah perbuatan menyeksa, mencederakan, membunuh atau memperlakukan haiwan secara kejam bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang, malah mencerminkan kegagalan mempertahankan nilai belas ihsan sesama makhluk dan kemanusiaan yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat bertamadun.

“Tiada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan akan diterima atau ditoleransi. Tidak kira siapa pelakunya. Tidak kira apa jawatannya. Tidak kira apa pun bangsa atau agama. Tidak kira atas alasan apa sekali pun.

“Pendirian ini terpakai kepada semua pihak, sama ada individu, organisasi, syarikat mahupun mana-mana agensi kerajaan dan pihak berkuasa. Tiada sesiapa berada di atas undang-undang,’’ titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah.

Tengku Permaisuri Selangor bertitah mana-mana pihak yang didapati melakukan kekejaman terhadap haiwan hendaklah disiasat secara menyeluruh dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk sekiranya perlakuan tersebut dilakukan oleh anggota atau pegawai pihak berkuasa sendiri.

Titah Baginda, kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan hanya akan terus terpelihara apabila setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan penuh belas ihsan, bukannya melalui kekerasan yang tidak perlu atau tindakan yang mengundang penderitaan kepada haiwan.

Menurut baginda, keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan hanya dapat dipelihara apabila setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan penuh belas ihsan.

“Kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan hanya akan terus terpelihara apabila setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan penuh belas ihsan, bukannya melalui penggunaan kekerasan yang tidak perlu atau tindakan yang menyebabkan penderitaan kepada haiwan,” titah baginda.

Tengku Permaisuri Selangor turut menggesa kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan serta orang ramai memperkukuh kerjasama dalam memupuk masyarakat yang lebih penyayang terhadap haiwan.

Baginda mencadangkan beberapa langkah termasuk mempertingkatkan usaha menyelamat, merawat dan melindungi haiwan, memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa dengan pertubuhan kebajikan haiwan, serta memperluaskan kesedaran dan pendidikan awam mengenai kebajikan haiwan.

Sifat belas ihsan terhadap haiwan, titah baginda, perlu dipupuk sejak usia muda sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan bertamadun.

Baginda menambah bahawa cara haiwan dilayan mencerminkan nilai serta tahap kemanusiaan sesebuah masyarakat.

“Masyarakat yang gagal menunjukkan belas ihsan terhadap makhluk yang paling lemah akhirnya akan kehilangan rasa belas ihsan terhadap sesama manusia,” titah baginda.

Tengku Permaisuri Selangor turut menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mengkaji semula hukuman di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi memastikan hukuman yang lebih berat dan penguatkuasaan yang lebih konsisten terhadap pesalah.

Baginda mengingatkan bahawa sifat belas ihsan bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya mencerminkan kekuatan dan kematangan sesebuah masyarakat.

“Belas ihsan bukan tanda kelemahan. Sebaliknya, keupayaan melindungi makhluk yang paling lemah adalah ukuran sebenar kekuatan, kematangan dan ketamadunan sesebuah masyarakat,” titah baginda.

Titah baginda itu menyusuli kemarahan orang ramai berhubung penularan satu video yang didakwa memaparkan seekor anjing bernama Rocky dibunuh di Pelabuhan Klang, sekali gus mendorong Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa siasatan segera dijalankan.

SAFM turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Presiden SAFM, Kalaivanan Ravichandran, berkata kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 10.50 malam pada 29 Julai di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, apabila Rocky didakwa dipukul, ditangkap, dijerat menggunakan kabel atau gelung dawai sebelum diheret oleh sekumpulan lelaki tempatan.

Beliau berkata saksi mendakwa anjing itu dipukul sebelum dijerat, manakala rayuan pemiliknya supaya Rocky dilepaskan didakwa tidak diendahkan. – 1 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related