HEADLINES

‘Kapal semakin karam’ Wan Saiful pelawa ahli Bersatu sertai Wawasan

Wan Saiful berkata sudah tiba masanya bagi ahli Bersatu membuat keputusan berani dan bergerak bersama-sama Wawasan, meninggalkan parti berkenaan yang disifatkan sebagai kapal yang sedang sarat dimasuki air

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membawa satu mesej politik yang amat jelas iaitu parti Bersatu kini sudah tidak relevan dan menyaksikan ‘kapal’ parti itu semakin karam serta hilang arah tujuan.

Naib Presiden Parti Wawasan, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sudah tiba masanya kepada mereka yang berada di dalam Bersatu untuk membuat keputusan berani dan bergerak bersama Wawasan.

“Kepada rakan-rakan serta sahabat di dalam Bersatu, pintu kita sentiasa terbuka, tiba masanya untuk anda membuat keputusan berani – marilah bergerak bersama Parti Wawasan Negara.

“Jangan biarkan perjuangan anda tenggelam bersama kapal yang sedang sarat dimasuki air

“Masa depan politik tanah air memerlukan wadah baharu yang lebih stabil dan berwawasan,’’ katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam keputusan PRN Negeri Sembilan semalam, empat parti termasuk Bersatu gagal menempatkan wakil dalam DUN selepas kesemua calon mereka tewas.

Selain Bersatu, Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga tidak berjaya memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

Bersatu yang bertanding menggunakan logo sendiri di 24 daripada 36 kerusi DUN bukan sahaja tidak mencatat sebarang kemenangan, malah kehilangan DUN Labu yang dimenangi pada PRN ke-15.

Dalam pada itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, isyarat rakyat di Johor dan Negeri Sembilan cukup terang malah gelombang perpaduan biru itu tidak akan terhenti dan bersedia untuk berdepan pilihan raya negeri di Melaka.

“Kepada DAP, terima kasih atas persaingan ‘good luck’ saya ucapkan untuk pertarungan seterusnya di Melaka kelak,’’ katanya. – 2 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related