HEADLINES

Tuanku Muhriz ingatkan Adun dahulukan rakyat, tolak kepentingan politik

Baginda bertitah kesetiaan dan komitmen hendaklah sentiasa diutamakan kepada negeri dan rakyat yang diwakili, mengatasi sebarang kepentingan politik dan kepentingan peribadi

1:06 PM MYT

 

KUALA PILAH – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya sentiasa mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat mengatasi kepentingan politik mahupun peribadi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Baginda bertitah amanah yang dipikul oleh setiap wakil rakyat adalah amat besar kerana mereka bertanggungjawab membawa suara, aspirasi, keperluan serta permasalahan rakyat ke Dewan Undangan Negeri.

Tuanku Muhriz bertitah setiap dasar, perancangan dan keputusan yang dibuat hendaklah mencerminkan kepentingan serta sentiasa berpaksikan kebajikan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.

“Kesetiaan dan komitmen kamu hendaklah sentiasa diutamakan kepada negeri dan rakyat yang diwakili, mengatasi sebarang kepentingan politik dan kepentingan peribadi,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini. – 2 Ogos, 2026

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related