HEADLINES

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung dalam masa terdekat

Menurut kenyataan, keadaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar

10:32 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Misiah Taib dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, keadaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar.

“Sehubungan itu, pihak keluarga memohon agar orang ramai bersama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali bertugas seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Pihak keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan. – 3 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related