◉ HEADLINES

“Tubuh badan saya tak sakit… kenapa orang lain pula yang sakit?”: Jalaluddin

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang itu mengakui tidak dapat hadir pada istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar baharu kerana hanya menyedari undangan tersebut sebaik selesai solat subuh dan sudah mempunyai program lebih awal di kawasannya

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Tubuh badan saya tak sakit sebab tak jadi Menteri Besar, kenapa orang lain pula yang sakit?” demikian jawapan bersahaja Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ketika dihubungi media hari ini, beliau menafikan dakwaan bahawa dirinya kecewa tidak dilantik sebagai Menteri Besar selepas kemenangan besar BN–PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang itu menegaskan kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula pentadbiran Negeri Sembilan adalah matlamat utama perjuangan beliau.

“Saya gembira hasrat perjuangan untuk memberi kemenangan kepada BN dan memimpin semula Negeri Sembilan sudah tercapai. Itu matlamat utama saya.

“Mandat besar sudah diberikan kepada BN. Yang patut diraikan ialah kemenangan BN,” katanya lapor BH.

Jalaluddin turut menegaskan beliau tidak akan menawarkan diri untuk menganggotai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu, sebaliknya mahu memberi peluang kepada pemimpin lain.

“Pelantikan jawatan Exco adalah hak prerogatif Menteri Besar dan beliau berhak menentukan barisan yang dimahukan.

“Saya juga tidak akan menawarkan diri menjadi Exco kerana saya sudah menjadi Ahli Parlimen Jelebu dan Adun Pertang,” katanya.

Beliau berkata, selaku pimpinan utama Umno Negeri Sembilan, pihaknya telah berusaha mengetengahkan calon-calon terbaik, muda serta berkaliber daripada BN pada PRN kali ini, dan mereka seharusnya diberi peluang memegang jawatan Exco.

“Saya berlapang dada. Saya bukan baru sehari dalam politik. Saya tidak tamak kuasa. Banyak lagi tugas menanti untuk memenuhi manifesto BN, menunaikan janji kepada rakyat dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Terdahulu, beliau dilaporkan tidak hadir pada istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar baharu kerana hanya menyedari undangan tersebut sebaik selesai solat subuh dan sudah mempunyai program lebih awal di kawasannya.

Sebelum ini, media melaporkan Jalaluddin adalah antara nama calon Menteri Besar dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Adun Juasseh, Datuk Ismail Lasim, 67, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Tuanku Muhriz turut mengingatkan semua Adun supaya sentiasa mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat mengatasi kepentingan politik mahupun peribadi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. – 3 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

◉ Related