HEADLINES

Dadah: Penempatan PDRM di pasukan Keselamatan Penerbangan langkah penambahbaikan segera di lapangan terbang – Fahmi

Malaysia Airlines Group (MAG) juga akan diminta untuk menyemak protokol saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang ataupun pembantu juruterbang, mengambil kira insiden yang telah berlaku

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan dalam pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di lapangan terbang susulan penahanan seorang juruterbang di Indonesia, kerana dipercayai menyeludup dadah, baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pada masa ini kawalan keselamatan penerbangan diuruskan oleh pasukan polis bantuan dan ia dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan segera di lapangan terbang.

Menurut Fahmi, Jemaah Menteri hari ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) bahawa beberapa langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan dengan segera.

“Pertama (penambahbaikan) yang melibatkan aviasi yang perlu ditempatkan anggota Polis Diraja Malaysia kerana pada waktu ini pasukan yang menguruskan adalah dalam kalangan polis bantuan.

“Pihak Malaysia Airlines Group (MAG) juga akan diminta untuk menyemak protokol saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang ataupun pembantu juruterbang, mengambil kira insiden yang telah berlaku,’’ katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet hari ini.

Pada 28 Julai lalu, juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun itu ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pihak berkuasa Indonesia menemui 15 bungkusan yang mengandungi 70,114 biji pil ekstasi dan syabu di dalam bagasinya. – Gambar sosial media, 5 Ogos, 2026

Menurut Fahmi, pasukan PDRM dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) juga diminta untuk meneliti aspek-aspek yang mungkin boleh disalahgunakan termasuk kelompangan yang mungkin ada dan ia perlu ditutup serta diuruskan dengan segera.

“Pada waktu ini kita baru menerima laporan lisan daripada Menteri Pengangkutan dan Menteri Dalam Negeri.

“Memandangkan kes di Indonesia itu masih aktif, maka kita perlukan sedikit masa untuk meneliti laporan penuh,” katanya.

Fahmi turut memberitahu, kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan tindakan susulan, selain langkah penempatan anggota PDRM bersama AVSEC di lapangan terbang selepas menerima laporan penuh mengenai kejadian berkenaan.

“Kita perlu tahu siapa lagi yang kemungkinan terlibat. Mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan beberapa tindakan menyeluruh perlu kita ambil bagi memastikan semua kelompangan dapat ditutup dengan segera,” katanya.

Pada 28 Julai lalu, seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun telah ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pihak berkuasa Indonesia menemui 15 bungkusan yang mengandungi 70,114 biji pil ekstasi dan syabu di dalam bagasinya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis telah mengenal pasti seorang individu yang merupakan kakitangan lapangan terbang yang terlibat dalam proses pemeriksaan keselamatan.

Beliau memberitahu, individu terbabit akan dipanggil untuk dirakam keterangan atau ditahan sekiranya perlu.

“Individu berkenaan merupakan antara petugas yang terlibat membuat saringan di KLIA, kita akan panggil dia untuk soal siasat dan kalau ada keperluan kita akan buat tangkapan,” katanya. – 5 Ogos, 2

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related