HEADLINES

PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 15-16 Ogos ini

Kongres PKR turut menjangkakan kehadiran duta-duta negara asing seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia dan mereka telah mengesahkan kehadiran bersama kedutaan negara-negara yang lain

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Nasional PKR akan diadakan selama dua hari mulai 15 Ogos ini di Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh, Melaka, dengan kira-kira 2,500 perwakilan dijangka hadir.

Pengarah Kongres Nasional PKR, Saifuddin Shafi Muhammad dalam kenyataannya berkata, presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dasar serta merasmikan kongres berkenaan.

Menurutnya, pimpinan pusat dan negeri serta sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati anggota Keadilan juga akan hadir.

Selain itu, katanya, Kongres PKR turut menjangkakan kehadiran duta-duta negara asing seperti Amerika Syarikat, China, Jepun serta Australia dan mereka telah mengesahkan kehadiran bersama kedutaan negara-negara yang lain.

“Pimpinan parti-parti politik juga turut dijemput hadir untuk menjadi saksi kepada keutuhan simbol perpaduan dan kecemerlangan Malaysia Madani.

“Memugar Reformasi, Membina Madani adalah tema yang dipilih pada tahun ini, membawa makna yang besar dan mendalam.

“Ia menuntut kita bukan sahaja mengimbau kembali roh perjuangan reformasi yang menjadi asas penubuhan parti, tetapi juga memperkukuh dan memperbaharuinya agar terus relevan dalam mendepani cabaran semasa,’’ katanya.

Beliau memberitahu, perbahasan akan bertumpu kepada isu-isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan dan politik dengan 16 pembahas akan membahaskan ucapan dasar presiden, masing-masing mewakili sayap parti serta negeri-negeri akan mengambil bahagian.

Kongres ini, katanya, akan menjadi medan untuk meneruskan semangat dan keazaman anggota PKR untuk teguh menjadi benteng perjuangan Reformasi serta mempertahankan integriti, menegak keadilan sosial, menyantuni golongan yang tidak berupaya dan lemah selain memperkukuh perpaduan serta semangat kebersamaan antara kaum di negara ini.

“Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Kongres ini juga akan menyampaikan Anugerah Bill Kayong kepada lima keluarga yang mana ahli keluarga mereka diiktiraf kerana memberi khidmat jasa bakti bersama parti sehingga hembusan nafas yang terakhir.

“Kongres Nasional Keadilan 2026 turut melaksanakan kerjasama strategik dengan beberapa kementerian dan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) selain Karnival Rahmah Mega anjuran KPDNKK Negeri Melaka khusus bagi menyediakan perkhidmatan terus kepada perwakilan, pemerhati dan terbuka untuk semua rakyat Melaka. – 5 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related