HEADLINES

MPP PKR bincang permohonan Nurul Izzah undur diri sebagai Timbalan Presiden PKR, setuju beri cuti sementara

Khabar angin Nurul Izzah akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR bertiup kencang pada awal tahun ini namun pada Mac, beliau menafikannya dan menegaskan kekal komited melaksanakan amanah parti

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Khabar angin bahawa Nurul Izzah Anwar akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR ternyata benar apabila permohonan beliau untuk mengundurkan diri daripada jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan hari ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, selepas mendengar pandangan Nurul Izzah dan pimpinan parti berkenaan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.

Menurutnya, MPP memutuskan supaya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden, menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Jelasnya, Nurul Izzah juga akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan pada 14 Ogos ini.

“MPP turut memutuskan supaya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden menjalankan
tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

“MPP juga bersetuju jawatan Pengarah Pilihanraya Keadilan digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan media daripada Datuk Seri Fahmi Fadzil

Nurul Izzah telah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR pada Mei tahun lalu, selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi bagaimanapun meninggalkan PKR bersama bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, untuk menubuhkan parti baharu iaitu Bersama.

Khabar angin bahawa Nurul Izzah yang juga anak kepada Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR bertiup kencang pada awal tahun ini.

Bagaimanapun pada Mac, beliau menafikannya dan menegaskan kekal komited melaksanakan amanah parti 

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu Nurul Izzah sebelum ini lantang mengkritik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menekankan keperluan pembaharuan sistemik, akauntabiliti lebih kukuh, dan pengawasan Parlimen untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Pada Mei, PKR telah mengumumkan pelantikan Amirudin sebagai pengarah pilihan raya bersama Saifuddin, bagi menggantikan Nurul Izzah.

Dalam pada itu, Fahmi turut memberitahu, MPP turut meluluskan 3,533 anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos lalu, yang telah mendaftar secara dalam talian.

Fahmi menambah, MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus lumus dalam kedua-dua PRN tersebut.

“MPP turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu,’’ katanya. – 6 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related