HEADLINES

Tiada PRK Subang susulan peletakan jawatan Wong Chen: SPR

Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Subang akan diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyatnya, Wong Chen, sah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Subang susulan peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Pengerusi SPR, Datuk Sri Ramlan Harun berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kekosongan luar jangka kerusi itu oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pecah tradisi dan aturan peletakan jawatan

Wong Chen, yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Subang sejak Mei 2018, mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin selepas menyerahkan surat rasmi kepada Johari pada Rabu lalu.

Menjelaskan tindakannya, beliau berkata pemilihan masa peletakan jawatan itu bertujuan memberikan tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen untuk membuat persediaan berhubung kekosongan berkenaan.

Wong, yang sebelum ini memegang kerusi Parlimen Kelana Jaya dari tahun 2013 hingga 2018, turut mendedahkan bahawa beliau dan Johari telah bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai peletakan jawatannya sehingga semalam.

Krisis akses peruntukan dan ‘lampu hijau’ parti baharu

Langkah drastik Wong Chen ini menyulami siri ketegangan politik dalaman PKR. Beliau merupakan antara tiga Ahli Parlimen PKR yang baru-baru ini disekat daripada mengakses portal MyKhas — platform utama yang menguruskan penyaluran peruntukan khas kawasan Parlimen.

Dua lagi Ahli Parlimen yang turut berdepan sekatan akses peruntukan berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Langkah menyekat peruntukan itu dipercayai berpunca daripada tindakan ketiga-tiga ahli politik berkenaan yang menghadiri pelancaran parti Bersama pada Mei lalu.

Parti baharu itu kini diterajui oleh bekas pimpinan utama PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, sekali gus menandakan retak menanti belah yang semakin jelas dalam kem kepimpinan serta dinamik politik tanah air ketika ini. – 12 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related