HEADLINES

Rosmah dapat penangguhan bersyarat bayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas Lubnan

Rosmah bagaimanapun diperintah membayar jumlah berkenaan ke dalam akaun pemegang amanah bersama yang dikendalikan oleh peguam bagi kedua-dua pihak dalam tempoh sebulan bermula hari ini

1:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memberikan penangguhan bersyarat kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung bayaran sebanyak RM67.5 juta yang perlu dibayarnya kepada syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Marianne Antoinette Ghani, bagaimanapun memerintah Rosmah membayar jumlah penghakiman tersebut ke dalam akaun pemegang amanah bersama yang dikendalikan oleh peguam bagi kedua-dua pihak dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Beliau berkata, penangguhan bersyarat tersebut mengimbangi hak semua pihak yang terlibat, dengan memastikan plaintif mendapat manfaat daripada kejayaan tuntutannya, di samping memastikan hak defendan (Rosmah) untuk membuat rayuan tidak terjejas sekiranya rayuannya dibenarkan.

“Dalam keadaan ini, mahkamah memerintahkan agar penangguhan pelaksanaan bersyarat diberikan kepada defendan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 10 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membayar RM67.5 juta kepada Global Royalty dalam tempoh sebulan selepas memutuskan beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 utas barang kemas yang didakwa berada dalam simpanannya.

Rosmah kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 12 Jun lalu serta memohon penangguhan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu rayuan diputuskan

Pada 29 Mac 2023, Global Royalty memfailkan saman terhadap Rosmah dengan mendakwa beliau secara palsu menyatakan bahawa 44 utas barang kemas termasuk rantai berlian, gelang tangan dan tiara yang dihantar kepadanya menerusi ejen syarikat itu, disita oleh pihak berkuasa Malaysia mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun syarikat itu mendakwa hanya satu daripada 44 utas barang kemas berkenaan berada dalam simpanan polis, manakala baki 43 utas lagi tidak pernah berada dalam jagaan pihak berkuasa.

Global Royalty turut mendakwa Rosmah cuba mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada Kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas berkenaan sebenarnya telah hilang.

Sementara itu, peguam Global Royalty, Datuk David Gurupatham dalam kenyataannya berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Jelasnya, jika Rosmah mahu mendapat manfaat daripada penangguhan tersebut, keseluruhan RM67.46 juta perlu dimasukkan ke dalam akaun pemegang taruh bersama dalam tempoh 30 hari seperti diperintahkan mahkamah.

“Sekiranya jumlah penuh penghakiman didepositkan, wang tersebut akan kekal dalam akaun pemegang taruh sementara menunggu keputusan rayuan.

“Jika Datin Seri Rosmah tidak mendepositkan keseluruhan jumlah penghakiman dalam tempoh 30 hari, Global Royalty berhak meneruskan pelaksanaan penghakiman,” katanya, lapor media. – 12 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related