HEADLINES

Kes tikam Bandar Utama: Remaja lelaki diperintah bela diri atas dakwaan bunuh pelajar perempuan 16 tahun

Remaja itu didakwa membunuh rakan sekolahnya di tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama, antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu.

Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap remaja berusia 15 tahun itu.

Seramai 11 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang prosiding kes selama enam hari bermula Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Peguam bela Kitson Foong mengesahkan keputusan tersebut ketika dihubungi pemberita.

Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.

Memetik laporan media sebelum ini, penilaian psikiatri selama tiga bulan oleh Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Dr Ian Lloyd Anthony mendapati remaja lelaki itu layak untuk dibicarakan.

Remaja itu didakwa membunuh rakan sekolahnya di tandas perempuan SMK Bandar Utama Damansara (4) di Bandar Utama antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu.

Tiada pengakuan direkodkan semasa prosiding awalnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi sepenuhnya.

Pertuduhan tersebut membawa hukuman mati, atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun serta 12 sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, di bawah Seksyen 97(1) Akta berkenaan, hukuman mati tidak boleh dikenakan terhadap seseorang yang merupakan kanak-kanak pada masa kesalahan itu dilakukan.

Sebaliknya, Seksyen 97(2) menetapkan bahawa seseorang yang disabitkan atas kesalahan sedemikian hendaklah ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong jika kesalahan itu berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan, atau atas perkenan Raja atau Yang di-Pertua Negeri jika kesalahan itu berlaku di sesebuah negeri.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul ‘Izzati Mohamad mewakili pihak pendakwaan.

Pasukan pembelaan turut dianggotai peguam Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei, manakala Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng masing-masing memegang watching brief bagi Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). – 13 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related