HEADLINES

Dua pelajar MRSM hilang sejak Selasa, Asyraf mohon doa orang ramai

Mereka dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu dengan lokasi terakhir dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka, yang berusia 16 tahun, dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu dengan lokasi terakhir mereka dilihat ialah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Mereka dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad dari Bukit Sentosa, Rawang.

Berikutan itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai mendoakan agar dua pelajar terbabit, ditemukan semula dengan selamat.

Menerusi hantaran di media sosialnya, Asyraf berkata, doa orang ramai amat diharapkan supaya pelajar Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan supaya dua pelajar MRSM Alor Gajah yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan dibuat oleh guru mereka mengenai kehilangan kedua-dua remaja terbabit pada jam 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Jelasnya, Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan berat 50 kilogram.

“Dia berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Remaja kedua pula dikenali sebagai Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16, mempunyai ketinggian dan berat sama serta berkulit cerah.

“Polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua remaja terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua individu ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – 14 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related