HEADLINES

‘Jangan tuduh rakyat tak faham jika parti gagal menerangkan’, Zaliha desak PKR kuasai media sosial

Zaliha Mustafa mengingatkan bahawa kemenangan dasar tidak memberi makna jika PKR gagal memenangi 'rasa' rakyat akibat kelemahan jentera komunikasi

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan bukanlah garis penamat kepada perjuangan Reformasi, sebaliknya ujian sebenar bagi membuktikan keberanian serta kebijaksanaan PKR dalam melaksanakan perubahan tatakelola negara.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan, perjuangan yang diterajui parti itu selama 27 tahun tidak wajar dilihat sekadar usaha untuk mengambil alih Putrajaya, sebaliknya bertujuan mengubahkan cara bagaimana negara ini ditadbir.

“Sejak bila laungan reformasi itu hanya slogan untuk masuk ke Putrajaya? Kalau perjuangan selama 27 tahun kita ini hanya bertujuan menukar siapa yang duduk di kerusi kerajaan, maka perjuangan kita itu terlalu kecil.

“Matlamat utama kita adalah untuk ubah cara negara ini ditadbir,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata PKR kini memikul tanggungjawab besar untuk menterjemahkan agenda berkenaan menerusi pemantapan institusi, pengukuhan tatakelola, pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa, serta memastikan keadilan sosial dapat dirasai secara saksama oleh rakyat.

Pada masa sama, beliau mengingatkan anggota PKR agar berani menegur dan membetulkan sebarang kelemahan yang timbul dalam kalangan mereka sendiri.

“Melakukan islah juga menuntut kebijaksanaan. Reformasi bukan bermakna semua perkara mesti diubah sekali gus dalam satu malam. Ada keutamaan yang perlu ditentukan… ada perubahan yang boleh dibuat segera, dan ada perubahan yang memerlukan masa, rundingan dan persediaan supaya ia benar-benar bertahan,” jelasnya.

Mengambil iktibar daripada pengajaran kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang disentuh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sekijang itu menegaskan bahawa pelaksanaan perubahan secara berperingkat tidak bermakna parti bersikap bertangguh.

“Berperingkat itu bukan bermakna bertangguh. Berhati-hati bukan bermakna kita sudah hilang keberanian untuk melakukan reformasi. Apa yang penting, arah kita mesti jelas. Kita mesti tahu apa yang hendak dibetulkan dan kita mesti terus bergerak ke arahnya,” ujar beliau.

Perkemas komunikasi, kuasai media sosial

Menyentuh aspek penyampaian maklumat, Zaliha mendesak jentera parti supaya memperkemas strategi komunikasi agar sebilangan besar pencapaian dasar dan program kerajaan dapat difahami terus oleh akar umbi.

Beliau memberi amaran bahawa pentadbiran tidak boleh bersikap leka dengan menganggap rakyat secara automatik memahami sesuatu pencapaian.

“Saya sangat setuju. Kita tak boleh mengeluh rakyat tak faham kita kalau kita sendiri gagal menerangkan. Selepas kongres ini, saya harap kita dapat melihat gerakan komunikasi parti yang lebih tersusun, lebih pantas dan lebih dekat dengan bahasa rakyat,” katanya.

Zaliha turut menyeru pimpinan dan anggota PKR untuk menguasai medan naratif di platform media sosial serta tidak membiarkan ruang digital berkenaan didominasi oleh pihak pembangkang.

Menurut beliau, pencapaian dari segi angka mahupun dasar tidak semestinya menjamin penerimaan awam jika parti gagal memenangi emosi dan pandangan rakyat secara keseluruhan. – 16 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related