◉ HEADLINES

Jenazah tiga beranak maut nahas lori Imigresen selamat dikebumikan

Jenazah pesara tentera bersama dua anaknya sebelum itu menjalani bedah siasat di Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur dan solat jenazah di Masjid Jamiul Ehsan Jalan Pahang

8:27 AM MYT

 

KAMPAR – Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di ibu negara pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Air Hitam Labu, malam tadi.

Jenazah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, dikebumikan dalam satu liang lahat pada 11 malam. 

Kira-kira 300 penduduk kampung dan kenalan yang hadir menunggu sehingga selesai proses pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah pesara tentera bersama dua anaknya itu selesai menjalani bedah siasat di Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur dan solat jenazah di Masjid Jamiul Ehsan Jalan Pahang. 

Sementara itu, isterinya Norhayati Razali, 55, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Media melaporkan tiga pejalan kaki yang juga satu keluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori “Black Maria” JIM di Jalan Sultan Ismail kira-kira 1 pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin itu, dipandu masuk ke persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar (beacon) serta siren diaktifkan.

Kenderaan tugas rasmi itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 20 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related