◉ HEADLINES

Hari Kebangsaan 2026: Kontinjen JMF catat sejarah buat kemunculan sulung

Pasukan keselamatan tertua di Malaysia, Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), memukau ribuan pengunjung di Dataran Putrajaya menerusi penyertaan sulung mereka pada perarakan Hari Kebangsaan hari ini

2:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penyertaan julung-julung kali kontinjen Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada acara perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 hari ini mencatatkan detik bersejarah, sekali gus membawa legasi pasukan keselamatan tertua negara itu ke pentas kebangsaan.

Platun Komander Kontinjen JMF, Leftenan Muhamad Nur Helmi Mohamed Amin berkata, penglibatan berkenaan memberikan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melihat dari dekat keunikan serta kewujudan pasukan askar negeri Johor itu.

“Kami berasa amat berbangga kerana dapat membawa nama JMF pada peringkat kebangsaan. Askar Timbalan Setia Negeri Johor kebiasaannya berada di Johor sahaja, namun kali ini semua orang dapat melihat kami dari dekat.

“Dalam masa yang sama, kami dapat mempamerkan bahawasanya Askar JMF masih relevan dan terus berkhidmat di bawah naungan Institusi Diraja Johor,” katanya kepada pemberita.

Menurut Muhamad Nur Helmi, JMF yang membariskan 102 pegawai dan anggota bagi perarakan kali ini turut mengetengahkan keunikan variasi pakaian seragam rasmi bagi melambangkan identiti serta tradisi pasukan.

“Untuk perbarisan tahun ini, kami tonjolkan pelbagai fungsi JMF menerusi pakaian penugasan di istana, pakaian operasi bandar, pakaian operasi hutan, serta pakaian istiadat yang memang menjadi kebanggaan JMF,” jelasnya.

Selain kawad kaki dan persembahan pancaragam, kontinjen JMF turut membawakan beberapa jenis aset ketenteraan untuk dipamerkan kepada orang ramai. Ini termasuk empat motosikal, dua unit kenderaan serba rupa bumi (ATV), tiga kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, serta dua unit kenderaan perisai taktikal jenis Ribat buatan tempatan keluaran MILDEF.

Mengulas mengenai persiapan, beliau memberitahu latihan rapi di peringkat dalaman telah dijalankan selama sebulan di Johor sebelum berlepas ke Putrajaya bagi menjalani latihan intensif dan sesi raptai penuh.

Fokus utama persediaan tertumpu kepada penyelarasan kawad kaki agar kelihatan kemas, di samping memastikan koordinasi logistik dan komunikasi berterusan dengan pihak penganjur berjalan lancar.

Untuk rekod, JMF ditubuhkan pada tahun 1885 di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar sebelum nama Johore Military Forces (JMF) digunakan secara rasmi pada 1904.

Hari ini, JMF terus berperanan sebagai pasukan istiadat Negeri Johor selain menyediakan khidmat sokongan dalam pengurusan istana, aktiviti diraja, serta kawalan keselamatan negeri. – 31 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related