HEADLINES

Bekas pengerusi TH, bekas Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada reman tujuh hari SPRM

Penahanan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan kelemahan serta kemungkinan salah laku yang berkaitan dengan pengurusan TH

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH, dibebaskan hari ini.

Memetik sumber, mereka dibebaskan selepas direman bermula 27 Ogos dan proses mendapatkan keterangan mereka telah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM, berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu, turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu.

Sebelum ini, seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TH telah direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan perkara yang sama.

Pada 14 Ogos, tujuh individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif, para pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas eksekutif kanan TH turut ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Penahanan itu merupakan sebahagian daripada siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan kelemahan serta kemungkinan salah laku yang berkaitan dengan pengurusan TH. – 1 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related