◉ HEADLINES

Bekas menteri ditahan SPRM, bantu siasatan berhubung kes libatkan RCI TH

Penahanan bekas Menteri itu juga adalah siasatan berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Menteri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji, hari ini.

Menurut laman TikTok SPRM, penahanan yang dilakukan pada jam 4.30 petang itu juga berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

“Bekas Menteri itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi proses permohonan reman,’’ demikian menurut TikTik SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 27 Ogos lalu, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan SPRM, berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu, turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu. – 1 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related