HEADLINES

Agong perkenan isytihar darurat di Serian

Setakat 5 petang ini, daerah Serian, Sarawak mencapai tahap ‘darurat’ apabila indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan bacaan 515

5:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan untuk mengisytihar darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak, selepas indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan bacaan melebihi 500.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya berkata, langkah berkenaan berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas,’’ katanya.

Setakat 5 petang ini, daerah Serian, Sarawak mencapai tahap ‘darurat’ apabila indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan bacaan 515.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuching pula merekodkan bacaan tahan bahaya iaitu 306.

Dalam pada itu, PMO berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai. – 4 September, 2026

Topics

 

Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related