HEADLINES

‘AS mahu bantu guling kerajaan’: Tiga laporan polis dibuat terhadap Hadi Awang

Tiga pimpinan PKR Bandar Tun Razak tampil desak siasatan penuh ke atas kenyataan Presiden PAS berkenaan tawaran Kedutaan AS pada 2014, sebelum kes diserahkan kepada IPD Wangsa Maju

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga laporan polis difailkan semalam berhubung kenyataan kontroversi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan bagi menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Cheras oleh Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak, V. Jonathan; Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak, Mazlina Osman; dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak, Amarul Hisham Jalil.

Menurut Jonathan, tindakan itu diambil susulan ucapan Ahli Parlimen Marang berkenaan pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam, yang dipetik daripada laporan sebuah portal berita.

Abdul Hadi dilaporkan mendakwa beberapa pimpinan utama PAS dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS sewaktu kunjungan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada 2014, di mana pihak asing terbabit didakwa menawarkan bantuan untuk menggulingkan kerajaan ketika itu.

“Antara yang dikatakan hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mustafa Ali bersama-sama Duta Amerika Syarikat ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, Jonathan menegaskan pihak mereka memandang serius isu berkenaan demi memastikan sebarang anasir yang cuba menggugat kestabilan negara disiasat secara telus.

“Laporan berkenaan adalah bagi memastikan sebarang dakwaan berkaitan cubaan menggulingkan atau melemahkan kerajaan serta sistem demokrasi berparlimen melalui cara yang tidak berperlembagaan dapat disiasat mengikut lunas undang-undang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan penerimaan laporan berkenaan yang dibuat sekitar jam 5 petang.

“Saya sedang menyemak jumlah laporan serta balai polis tempat laporan berkenaan dibuat.

“Laporan tersebut bagaimanapun akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju,” katanya. – 7 September, 2026

Topics

 

Hangat

Rafizi, Nik Nazmi were in Cabinet that approved FWCMS extension, says minister’s aide amid criticism

HR minister’s political secretary questions timing of objections, says both had authority and access when 2031 contract extension was cleared

Provocative agents behind rising racial tensions will not escape justice: Ramanan

Human Resources Minister says a small group of individuals is deliberately fuelling ethnic discord for political gain

MCMC, Huawei Malaysia celebrate 126 new digital leaders under DLE Programme

The latest cohorts of the Digital Leadership Excellence Programme bring the total number of graduates nationwide to 176, as Malaysia pushes towards building a future-ready digital leadership ecosystem by 2026

Related