HEADLINES

Lembaga Pengampunan mesyuarat Jumaat ini, bincang isu tahanan rumah Najib?

Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan kini menjalani hukuman di Penjara Kajang bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan dijangka mengadakan mesyuarat Jumaat ini, dengan antara agenda perbincangkan dikatakan berhubung permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Memetik laporan Malaysia Gazette, bagaimanapun masa dan tempat tidak didedahkan, sekali gus isu yang dipohon oleh bekas Perdana Menteri itu kembali menjadi perhatian.

Malah di media sosial, isu pengampunan berkenaan turut diperkatakan dengan persoalan sama ada Najib kali ini akan mendapat ‘restu’ Lembaga Pengampunan.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan itu.

Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan kini menjalani hukuman di Penjara Kajang bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 22 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Najib selepas mendapati isu tahanan rumah tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024.

Najib kemudiannya menarik balik rayuan terhadap keputusan berkenaan melalui notis daripada firma guaman Tetuan Shafee & Co bertarikh 2 April lalu namun tiada alasan dinyatakan berhubung tindakan pemberhentian berkenaan.

Pada 14 April lalu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, merekodkan bahawa Notis Penghentian yang difailkan peguam adalah teratur, dan seterusnya membatalkan notis rayuan Najib.

Jabatan Peguam Negara sebelum ini turut menjelaskan bahawa sekiranya terdapat cadangan supaya Najib menghabiskan baki hukumannya di bawah tahanan rumah, perkara itu perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan untuk pertimbangan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. – 9 September, 2026

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related