HEADLINES

Wakil rakyat Pemuda Umno tidak akan dicalonkan lagi jika malas, tegas Akmal Saleh

Akmal berkata jawatan berkenaan bukan untuk kepentingan diri sebaliknya untuk rakyat

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno yang dilantik menjadi wakil rakyat namun gagal menjalankan tugas kepada rakyat tidak akan dicalonkan lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ingatan tegas berkenaan dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang mengingatkan bahawa jawatan berkenaan bukan milik mereka sebaliknya ia adalah milik rakyat.

Ia termasuk kepada mereka yang tidak bekerja, malas serta sukar mengangkat panggilan telefon.

“Saya ingin tegaskan jika ada mana-mana wakil rakyat Pemuda, (yang mempunyai) kepentingan lebih dari parti, saya tidak teragak-agak untuk tidak mencalonkan mereka pada PRU akan datang.

“Bagi Pemuda, kita jatuh sekali, naik sekali, susah senang bersama-sama.

“Jika ada wakil rakyat tidak bekerja, malas, yang susah nak angkat call, tolong bagitau, (mereka) tidak tercalon lagi pada masa akan datang.

“Kalau takut nak cakap perjuangan parti, tolong bagitau saya. Jadi wakil rakyat bukan sekadar diri sendiri,’’ katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno bersempena dengan Perhimpunan Agung Pemuda Umno (PAU) 2026 di sini hari ini.

@scoopdotmy

Pemuda Umno yang dilantik menjadi wakil rakyat namun gagal menjalankan tugas kepada rakyat tidak akan dicalonkan lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ingatan tegas berkenaan dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang mengingatkan bahawa jawatan berkenaan bukan milik mereka sebaliknya ia adalah milik rakyat. Ia termasuk kepada mereka yang tidak bekerja, malas serta sukar mengangkat panggilan telefon. #AkmalSaleh #PemudaUMNO #UMNO #PAU2026

♬ original sound – Scoopdotmy

Dalam pada itu, Akmal turut mengingatkan 11 wakil rakyat daripada sayap Pemuda ketika ini supaya sentiasa mengenang jasa jentera parti yang berhempas-pulas membantu kemenangan mereka, dan bukannya bertindak mementingkan diri selepas memegang jawatan.

“Kamu jadi wakil rakyat bukan sebab kamu hebat, tapi kamu jadi wakil rakyat sebab kamu ada kawan-kawan di depan ini yang hebat membantu kamu untuk jadi wakil rakyat.

“Maka jangan pernah rasakan bahawa bila dah jadi wakil rakyat kamu lebih hebat daripada orang lain. Jangan pernah sombong dengan kawan-kawan yang lain,” katanya.

Dalam ucapan berkenaan, Akmal turut memaklumkan sayap itu membuat ketetapan untuk mengangkat anak kepada mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran Mohd Radzi Rahimi sebagai anak angkat rasmi pergerakan itu.

Dr Akmal berkata sebagai langkah awal, sebanyak RM36,000 akan disalurkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atas nama kanak-kanak berusia lima tahun itu, Muhammad Riz Haziq.

Bulan lepas Mohd Radzi, 40, dan tiga ahli keluarganya, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang. – 10 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related