HEADLINES

Zahid sedih permohonan pengampunan Najib ditangguhkan

'Kami tetap mendukung institusi Raja dan mengharapkan yang terbaik akan diberikan kepada Datuk Seri Najib,' kata Zahid

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menzahirkan rasa sedih atas penangguhan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak namun tetap mengharapkan yang terbaik ke atas bekas Perdana Menteri itu.

“Kami bersedih dengan keputusan itu. Bagaimanapun, kami tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim). Kami merayu supaya gunakan seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku untuk membuat keputusan terbaik.

“Kami tetap mendukung institusi Raja dan mengharapkan yang terbaik akan diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya, yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) (BHEUU) dalam kenyataannya, berkata Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan agar permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang akan diadakan kelak.

BHEUU juga berkata, Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk membebaskan 65 banduan hari ini.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya itu telah diadakan pagi ini.

Najib, 73, kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas disabitkan pada 2020 atas kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat dana pelaburan negara 1Malaysia.

Pembebasan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan itu terus menjadi isu penting dalam Umno, apatah lagi beliau masih dilihat sebagai tokoh berpengaruh meskipun sedang menjalani hukuman penjara. – 11 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related