HEADLINES

Persenda Rukun Negara: Lucut kewarganegaraan jika disahkan tidak setia – Fadhli Shaari

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata kerajaan tidak seharusnya takut mengambil tindakan pelucutan kewarganegaraan jika perbuatan individu itu menunjukkan mereka “disloyal or disaffected towards the Federation”

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengambil tindakan segera terhadap pementasan teater yang tular kerana didakwa mempersendakan Rukun Negara termasuk meminta polis mengenal pasti penganjur dan semua individu yang terlibat, lokasi sebenar pementasan serta kewarganegaraan mereka.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, ini kerana fakta-fakta asas berkenaan kini menjadi teka-teki di media sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga, katanya, perlu menyiasat aspek penyebaran kandungan tersebut kepada khalayak Malaysia.

“Saya mengecam keras pementasan yang tular kerana mempersendakan Rukun Negara, termasuk prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan termasuklah cubaan untuk normalisasi budaya yang bertentangan dengan undang-undang di Malaysia.

“Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai peruntukan mengenai pemakaian wilayah dan luar wilayah Akta tersebut, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh undang undang,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video pementasan yang dimuat naik di platform Instagram oleh pengguna The Fever Kinetic Theatre yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara Malaysia serta Rukun Negara.

Fadhli berkata, sekiranya pementasan itu berlaku di London, seperti yang didakwa sesetengan pihak maka Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom perlu mendapatkan fakta lengkap mengenai penganjur, individu yang terlibat dan status kewarganegaraan mereka.

Kerajaan juga, katanya perlu menyiasat sama ada terdapat sebarang geran, pembiayaan atau sokongan daripada mana mana agensi kerajaan Malaysia.

“Jika terbukti terdapat warganegara Malaysia yang terlibat, dan mereka memperoleh kewarganegaraan melalui kategori yang tertakluk kepada Perkara 25(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, saya mendesak kerajaan mengambil tindakan pelucutan kewarganegaraan sekiranya perbuatan atau percakapan mereka memenuhi ambang yang ditetapkan oleh Perlembagaan, iaitu telah menunjukkan diri mereka sebagai “disloyal or disaffected towards the Federation”.

“Inilah punca kuasa Perlembagaan yang tersedia dan kerajaan tidak seharusnya takut menggunakannya apabila syarat undang undang dipenuhi,’’ katanya.

Jelasnya, Rukun Negara bukan bahan persendaan malah ia diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 susulan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai falsafah kebangsaan untuk membina perpaduan dan kehidupan bernegara.

“Kebebasan berkarya bukan kebebasan daripada undang undang. Jika kerajaan benar benar serius mempertahankan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, tindakan mestilah lebih daripada sekadar kenyataan mengecam,’’ katanya. – 19 September, 2026

Topics

 

Hangat

Bajet yang baik, tapi tunjukkan wangnya – Terence Fernandez

KETIKA taklimat pra-Bajet 2025 kepada editor Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya jika ada kenaikan cukai pendapatan bagi membantu mengisi ‘tabung negara’. Jawapan beliau ‘tiada’ dengan penuh empati. “Setiap kali ada...

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Hong Thai founder hits back: ‘FDA should guide us, not just punish us’

Teerapong Rabueathum says Thailand’s FDA’s enforcement-first approach is stifling herbal producers after a raid seized unlicensed inhalants worth 120 million baht

Related