HEADLINES

Dianggap ‘garisan merah’, DAP paling terkesan isu pengampunan bersyarat Najib: KJ

Khairy bagaimanapun berkata DAP boleh menyatakan bahawa keputusan itu pada akhirnya terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tiada kaitan dengan mereka

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kesan kepada DAP yang sebelum ini menyifakan ia sebagai ‘garisan merah’ namun parti itu boleh menyatakan keputusan berkenaan akhinya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, DAP juga boleh menyatakan bahawa keputusan berkenaan tiada kaitan dengan mereka.

Beliau berkata demikian dalam episod terbaharu podcast ‘Keluar Sekejab’ malam tadi ketika Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan hari ini bagi membincang dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib.

“Beri kesan (pengampunan bersyarat) kepada Pakatan Harapan (PH) terutama DAP sebab DAP telah menyatakan ini adalah ‘garisan merah’ bagi mereka terutama Hannah Yeoh (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)) yang berada dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Tetapi, DAP pun ada get-out clause juga. Mereka boleh kata ‘kami telah memberikan pandangan kami, tetapi akhirnya keputusan terletak pada Yang di-Pertuan Agong’. Mereka boleh cakap keputusan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan esok bagi membincang dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loke berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dan Keluhuran Perlembagaan.

Katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah menyampaikan pendirian dan pandangan yang selaras dengan prinsip perjuangan DAP ketika menjalankan tanggungjawab beliau sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara semalam.- 19 September, 2026

Topics

 

Hangat

Don’t view law on house arrest or home detention with suspicion — Hafiz Hassan

Proposed new law on house arrest or home detention is a chance to reform the criminal justice system

RM100 MyKad credit, RM1.99 RON95 among key measures in Anwar’s cost-of-living relief package

Prime Minister announces broad support including targeted fuel subsidies, toll freeze, cash aid for all adults, and expanded grassroots programmes to ease pressure on Malaysians

Comms Ministry mulls revising social media user threshold amid AI Grok controversy: Fahmi

MCMC tasked with assessing new social media licensing criteria following AI issues

Related