◉ HEADLINES

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian : Mokhzani

Menurut Mokhzani, keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan, namun keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Menurut Mokhzani, Dr Mahathir, yang berusia 101, dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian.

Menurut Mokhzani, keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan, namun keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada petang semalam dan pengebumian itu diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. – 30 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Budget 2026: RM42.9bil allocated to Mindef, Home Ministry to enhance national security

Key budget 2026 allocations target defence upgrades, police resources, and border security

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

◉ Related