◉ HEADLINES

Kemelut politik jangan sampai lumpuhkan pentadbiran, susahkan rakyat : PKR Negeri Sembilan

Urusan pelaburan, pembangunan, kelulusan dan pindah milik tanah serta pelaksanaan projek berpotensi terkesan serta boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, kata Aminuddin

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR Negeri Sembilan menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan serta pendirian Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang didakwa tidak selari dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kemelut pentadbiran yang berlarutan itu menimbulkan persepsi kerajaan negeri seolah-olah tidak berfungsi dengan berkesan akibat pertikaian yang berpanjangan.

Aminuddin yang juga bekas Menteri Besar berkata, Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan yang bermesyuarat malam tadi memandang serius kemelut institusi dan pentadbiran yang sedang melanda negeri itu.

Beliau memberitahu, ketidaktentuan dalam pentadbiran berkait kedudukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpotensi melambatkan urusan penting yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri.

Jelasnya, meskipun jentera perkhidmatan awam masih mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan tugas, ketidaktentuan dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penjawat awam, pelabur, pihak berkuasa tempatan dan rakyat.

“Urusan pelaburan, pembangunan, kelulusan dan pindah milik tanah serta pelaksanaan projek berpotensi terkesan serta boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, serta memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim selesai Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di Negeri Sembilan, selepas berada hampir tiga jam di istana berkenaan.

Turut memasuki istana berkenaan ialah kenderaan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.

Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang berkuat kuasa pada 20 Sept dan pembatalan itu diwartakan pada 24 September.

Exco berkenaan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, kerajaan negeri perlu memastikan wujudnya kejelasan tentang kuasa membuat keputusan, tanggungjawab setiap pihak dan kesinambungan pentadbiran.

Kepentingan rakyat, ujar beliau, mesti mengatasi sebarang kepentingan politik atau pertimbangan peribadi.

“Kami menyeru semua pemimpin politik agar mengutamakan kebijaksanaan, mengelakkan kenyataan yang boleh meningkatkan ketegangan serta memberikan ruang kepada proses perlembagaan dan undang-undang untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku,” katanya.

Beliau turut menyatakan pendirian PKR Negeri Sembilan adalah jelas iaitu sentiasa menjunjung kasih dan memberikan sokongan kepada Tuanku Muhriz serta menghormati kedudukan dan peranan institusi diraja dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. – 30 September, 2029

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related