◉ HEADLINES

‘Tak semua benda perlu dikejar’ Fahmi ingatkan pengguna media sosial hormat privasi Tun Mahathir, keluarga

Fahmi Fadzil berkata meskipun ramai yang ingin mengetahui perkembangan dan keadaan terkini Tun Dr Mahathir, namun tidak semua perkara perlu dijadikan bahan berita atau kandungan media sosial

9:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pencipta kandungan, pempengaruh dan pengguna media sosial supaya mengutamakan adab, pertimbangan dan sifat kemanusiaan, ketika menghasilkan kandungan terutama berhubung situasi terkini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata meskipun ramai yang ingin mengetahui perkembangan dan keadaan terkini Tun Dr Mahathir, namun tidak semua perkara perlu dijadikan bahan berita atau kandungan media sosial.

Beliau berkata anak bekas Perdana Menteri itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebelum ini telah membuat permintaan untuk berikan ruang dan privasi kepada ahli keluarganya yang sedang berduka.

“Kita faham ramai yang nak tahu perkembangan terkini termasuk keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir. Tapi sebenarnya tak semua benda perlu dikejar, lebih-lebih lagi untuk buat berita atau content.

“Teknologi boleh berubah, kita boleh berbeza pandangan tapi janganlah guna media sosial sampai kita hilang adab, moral dan sifat kemanusiaan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau membuat pesanan berkenaan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Facebooknya.

Fahmi turut menggesa semua pihak agar memberikan ruang serta masa kepada Tun Dr Mahathir dan keluarga beliau, yang masih berduka atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menyebarkan sebarang kandungan spekulatif, kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang tidak sensitif atau sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya.

“Dan kalau kita terjumpa kandungan yang mengaibkan, yang menggunakan AI yang tak sensitif atau sampai mendoakan benda-benda yang bukan-bukan, jangan share, jangan komen dekat post tu, jangan bagi views.

“Kalau nampak content macam ni, terus lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau polis,” katanya. – 3 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related