◉ HEADLINES

Remaja 16 tahun direman enam hari, bantu siasatan kes bunuh Irene Sofiya

Suspek ditahan pada jam 7 petang semalam di sekitar Yong Peng

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad, permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Jelasnya, suspek ditahan kira-kira jam 7 malam semalam di sekitar Yong Peng oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

“Semakan mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman memberitahu, polis menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 5.50 petang, selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian kepala dan badan, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Proses bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya.

Ab Rahaman berkata motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian Polis Johor menerusi nombor 019-2792095 atau Bilik Gerakan Polis Kontinjen Johor (07-2212999). – 4 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

After inDrive, Maxim faces the axe as Apad cracks down on e-hailing violators

It's the second Russian-founded e-hailing firm facing expulsion over licence breaches

◉ Related