◉ HEADLINES

3 penjuru di DUN Pelangai

Nama semua calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuara antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon Bebas.

Ahli Jawatankuasa Umno Bentong, Datuk Amizar Abu Adam diletakkan sebagai calon BN sementara PN diwakili Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat manakala Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy Dm Zulhasli, bertanding sebagai calon Bebas.

Nama semua calon yang layak bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai itu adalah yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung lebih lapan bulan lalu.

Bulan lalu PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai menyaksikan kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Harapan (PH) daripada Amanah.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim dari PN yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH – 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon Pejuang – 65 undi). – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related