◉ HEADLINES

Pengumuman tambang ECRL dijangka bulan ini, jualan tiket pada November

ECRL sepanjang 665 kilometer itu akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan negeri itu dengan Selangor di pantai barat Semenanjung Malaysia

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dijangka mengumumkan tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada bulan ini, dengan jualan tiket disasarkan bermula November menjelang operasi komersial pada pertengahan Disember.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, pengumuman kadar tambang berkenaan dijangka dibuat oleh Kementerian Pengangkutan.

“Kami menjangkakan tambang yang dinamik dan berpatutan, lebih rendah berbanding tambang penerbangan dan sedikit lebih tinggi daripada tambang bas,” katanya, lapor Bernama, pada taklimat kesiapsiagaan operasi ECRL untuk pengarang media hari ini.

Darwis berkata bagi fasa pertama, tren ECRL akan beroperasi sebanyak 12 perjalanan pergi balik sehari dari Isnin hingga Khamis dan 14 perjalanan dari Jumaat hingga Ahad.

Beliau berkata MRL berpuas hati dengan kemajuan Fasa Satu projek itu yang meliputi Kota Bharu hingga Gombak, yang mencapai 98.16 peratus siap setakat September, dan yakin dapat mencapai sasaran operasi komersial pada pertengahan Disember 2026.

Darwis turut menekankan prestasi memberangsangkan Comprehensive Inspection Train (C.I.T.) ECRL baru-baru ini yang melengkapkan perjalanan tanpa henti dari Gombak ke Kota Bharu dalam tempoh tiga jam 19 minit meliputi jarak 519 kilometer pada kelajuan sehingga 160 km/j. 

Beliau berkata perjalanan itu menunjukkan keupayaan ECRL menyediakan perkhidmatan ekspres bagi laluan Gombak-KotaSAS-Kuala Terengganu-Kota Bharu dalam tempoh kurang empat jam.

ECRL sepanjang 665 kilometer itu akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan negeri itu dengan Selangor di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Apabila beroperasi kelak, ECRL dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan antara Kota Bharu dan Gombak kepada kira-kira empat jam, berbanding sekitar tujuh jam melalui jalan darat. – 6 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

◉ Related