◉ HEADLINES

521kg dadah dalam jet persendirian di Laos bukan dari Malaysia

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan, maklumat daripada pihak berkuasa Laos menyatakan pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lepas.

Pesawat berkenaan, hanya dinaiki tiga individu, terdiri daripada seorang juruterbang warga Singapura, pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina.

“Dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia. Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengulas kronologi kejadian berdasarkan maklumat dikongsi pihak berkuasa Laos, Hussein berkata pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata kira-kira 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kakitangan di situ membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan untuk dibawa ke pesawat.

“Pemeriksaan ke atas kesemua 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 521 kg,” katanya.

Susulan operasi pihak berkuasa Laos itu, seramai 13 individu ditahan termasuk tiga individu yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.

Turut ditahan ialah 10 warga Laos terdiri daripada tiga kakitangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan tujuh kakitangan yang mengendalikan mesin pengimbas sinar-X.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.

Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat bagi merakam percakapan suspek.

“Langkah ini bertujuan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan sindiket dadah yang terlibat, terutama (kemungkinan pembabitan anggota sindiket) di Malaysia,” katanya.

Kenyataan terbaharu itu sekali gus memperjelas bahawa pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa dadah ketika berlepas dari Subang, susulan laporan awal yang mengaitkan penerbangan dari Malaysia itu dengan penemuan dadah bernilai jutaan ringgit di Laos. – 7 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related