◉ HEADLINES

Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja 16 tahun disambung 6 hari

Majistret Batu Pahat membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tahanan reman suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Tingkatan Empat di Yong Peng

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahanan reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan rakan sekelasnya di sebuah sekolah di Yong Peng disambung enam hari lagi bermula esok.

Perintah lanjutan reman hingga 15 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Sebelum ini, suspek telah direman selama enam hari bermula 4 Oktober lalu bagi membantu siasatan berhubung kematian tragis Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.

Dalam kejadian 3 Oktober lalu, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah kira-kira jam 5.50 petang.

Irene Sofiya kemudiannya disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat.

Pihak polis mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah Irene Sofiya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada Ahad lalu selepas selesai proses bedah siasat. – 9 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related