KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu akan disalurkan minggu hadapan.
Ia susulan penjualan nombor plat khas H baru-baru ini.
“Apabila tatekelola diperbetulkan, hasil pembaharuan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.
“Umpamanya, hasil jualan nombor plat khas, telah dipulangkan kepada rakyat. Mahasiswa mendapat bantuan 500 ringgit tiket penerbangan, anak muda miskin menjalani ujian lesen B2 secara percuma, dan topi keledar percuma diedarkan,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2027 di Parlimen hari ini. – 9 Oktober, 2026
