◉ HEADLINES

Guru didakwa cuai sebabkan pelajar maut, seorang lagi cedera

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

1:18 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap dua pertuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian seorang pelajar dan kecederaan seorang lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu.

Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Sakinah didakwa memandu kereta Honda HR-V secara cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun pada petang 12 April.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Sakinah didakwa secara cuai melanggar seorang lagi pelajar perempuan berusia 13 tahun sehingga membahayakan nyawanya, pada masa dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nadzir Abdullah mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Muhammad Hasif Hasan dan Wan Fadhil Fayyadh Wan Mohd Zuhairi mewakili Sakinah.

Terdahulu, Muhammad Nadzir mencadangkan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Muhammad Hasif memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya, yang merupakan seorang guru agama, telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata anak guamnya juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali.

“Beliau juga dinobatkan sebagai guru berpersonaliti terbaik di sekolah itu tahun lepas dan dijadualkan bersara pada 16 Nov,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Dis untuk sebutan semula kes. – 13 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related