◉ HEADLINES

Hampir 85% daripada 16.5 juta individu yang layak telah nikmati subsidi RON95

Dari segi penjimatan fiskal, Budi95 juga dijangka menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hampir 85 peratus atau 14 juta daripada 16.5 juta individu yang layak telah menikmati subsidi petrol bersasar menerusi Budi Madani RON95 (Budi95) pada harga RM1.99 seliter sehingga 30 September lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, dari segi penjimatan fiskal, Budi95 juga dijangka menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar.

“Dari segi ketepatan penyasaran, Budi95 menggunakan pengesahan MyKad yang dihubungkan kepada pangkalan data berpusat bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia yang layak.

“Tahap penyertaan yang tinggi ini menunjukkan bahawa mekanisme pengesahan menggunakan MyKad dapat diakses oleh majoriti rakyat dan berfungsi dengan baik di peringkat operasi,’’ katanya.

MOF berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang meminta kementerian itu menyatakan penilaian terkini terhadap keberkesanan pelaksanaan Budi95 termasuk jumlah penjimatan fiskal yang telah dicapai serta asas penetapan dan pelarasan kuota penggunaan bulanan.

Mengulas lanjut, MOF berkata, penjimatan berkenaan bukan hasil daripada pengurangan perlindungan kepada rakyat sebaliknya ia merupakan hasil pengurangan ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak layak.

Ruang fiskal yang terhasil, kata MOF membolehkan kerajaan memperkukuh program bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta pelbagai inisiatif sosial lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Kerajaan turut mengambil kira kumpulan yang mempunyai keperluan penggunaan bahan api lebih tinggi dan bagi pemandu e-hailing yang layak, kelayakan tambahan sehingga 800 liter sebulan disediakan berdasarkan jarak perjalanan sebenar yang disahkan melalui data pengendali e-hailing,’’ katanya.

MOF memberitahu, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan Budi95 berdasarkan data penggunaan sebenar, harga pasaran tenaga global, kedudukan fiskal negara dan maklum balas rakyat bagi memastikan subsidi terus disalurkan secara adil, bersasar dan mampan. – 14 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related