◉ HEADLINES

Bekas pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Nazir Hussin dipanggil semula SPRM berhubung pengisytharan harta

Nazir dijangka menerima notis pengisytiharan berkenaan mengikut Seksyen 36, Akta SPRM 2009

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dilaporkan dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung notis pengisytiharan harta.

Media melaporkan, beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10.50 pagi tadi bersama peguamnya.

Sehingga jam 1 petang tadi, beliau masih berada di ibu pejabat SPRM.

Nazir, dijangka menerima notis pengisytiharan berkenaan mengikut Seksyen 36, Akta SPRM 2009.

Ketika ditemui pemberita, Nazir memberitahu pihaknya telah memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi mencabar notis berkenaan.

Beliau juga mendakwa SPRM mungkin akan menahannya semula susulan menolak notis berkenaan dan merujuk tindakan kerana menghalang tugasan penyiasatan.

“Saya sudah failkan injuksi di mahkamah, kita tunggu mahkamah buat keputusan.

“Kalau sekiranya saya memfailkan injunksi di mahkamah semalam itu dianggap telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, maknanya SPRM itu satu sejarahlah,’’ katanya.

Beliau bersama abangnya, Datuk Mubarak Hussain sebelum ini direman lima hari selepas ditahan pada 30 September lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan penyelewengan dana yayasan.

Dua beradik tokoh korporat itu direman sehingga 5 Oktober lalu bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

SPRM juga dilaporkan turut menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

Dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta turut dilaporkan dibekukan SPRM. – 14 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related