◉ HEADLINES

Jerebu: Semua sekolah di lapan PPD di Selangor ditutup esok

Sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa namun aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama ditutup esok, susulan jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataannya bagaimanapun berkata sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

“Namun semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah tersebut tidak dibenarkan.

“Ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan diminta mengambil maklum tentang pemakluman ini serta merujuk saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat terkini,’’ katanya.

JPN Selangor berkata, sebarang perubahan terhadap status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang ini, dengan Klang, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 195.

Di Selangor, selain Klang, sebanyak lima kawasan turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Johan Setia (192), Shah Alam (180), Banting (174), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161) manakala di Negeri Sembilan merekodkan tiga kawasan, iaitu Nilai (191), Seremban (181) dan Port Dickson (173).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – 15 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related