◉ HEADLINES

BN umum calon PRN Melaka 28 Oktober: Ab Rauf

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi gambaran jelas mengenai persediaan parti itu menjelang tarikh penamaan calon, sambil menegaskan barisan muka yang dipilih bakal memikul amanah berat untuk mempertahankan penguasaan di negeri berkenaan

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bakal mendedahkan senarai penuh calon yang akan menggalas cabaran parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjelang 28 Oktober ini, sekali gus memberi isyarat awal kesediaan jentera mempertahankan penguasaan mereka.

Perkembangan terkini itu disahkan oleh Pengerusi BN Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang menegaskan bahawa setiap calon yang ditayangkan kelak bakal menggalas tanggungjawab besar demi memastikan kesinambungan mandat dan kemenangan mutlak parti.

“Jadi, insya-Allah saya akan buat pengumuman calon pada 28 Oktober ini.

“Siapa juga calon, itulah calon yang akan membawa ombak-ombak perjuangan UMNO dan BN,” kata beliau ketika menyampaikan amanat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu di Sungai Udang, malam tadi.

Pengumuman calon pada 28 Oktober ini dibuat hanya tiga hari sebelum hari penamaan calon secara rasmi pada 31 Oktober, disusuli pengundian awal pada 10 November dan hari pembuangan undi pada 14 November.

Langkah berkenaan dijangka memarakkan lagi suhu politik Melaka selepas BN melakar kemenangan selesa pada PRN 2021 dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan sekadar meraih lima kerusi dan Perikatan Nasional menang dua kerusi. – 18 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related